Artikel

Harimau Malaya Rancang Latihan Pusat Di Asia Barat

Skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya merancang untuk mengadakan latihan pusat di wilayah asia barat pada hujung tahun ini.

Menurut pengurus pasukan skuad kebangsaan, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata beberapa siri perlawanan persahabatan menentang beberapa pasukan berpangkalan di wilayah tersebut akan diatur.

Semua ini dirancang bagi mempersiapkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe untuk mengharungi baki saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan Piala AFF yang turut ditunda ke tahun hadapan.

“Kita bercadang untuk memanggil latihan pusat pada Disember ini dan cuba mengatur beberapa aksi persahabatan bersama pasukan luar negara.

“Apapun, ia bergantung kepada situasi semasa kerana kita masih lagi berada dalam suasana Covid-19 yang banyak memberi kesan kepada pasukan kita.

“Jika keadaan mengizinkan dan mendapat kebenaran kerajaan untuk keluar, saya fikir kita kena cari negara yang tidak terjejas teruk dengan masalah Covid-19 ini.

“Mungkin negara Asia Barat seperti Qatar pilihan terbaik. Lagipun banyak perlawanan antarabangsa diadakan di sana termasuk aksi membabitkan Uzbekistan baru-baru ini.

“Malah, saingan ACL (Liga Juara-Juara Asia) juga akan dijalankan di sana dan saya fikir itu antara cadangan yang sesuai. 

“Apapun kita tunggu dan lihat perkembangan Covid-19 serta kebenaran oleh pihak berwajib,” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro.

Untuk rekod, kali terakhir skuad kebangsaan menjalani latihan bersama adalah ketika aksi Kumpulan G bagi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand dan Indonesia, november tahun lalu.

Featured Image: Football Association of Malaysia

komen