Written by 4:08 pm MotoGP, Permotoran

Aspar Team Ikat Pelumba Baharu, Apa Nasib Hafizh Musim Hadapan?

Pasukan Moto2, Aspar Team secara rasminya mengumumkan telah mengikat pelumba baharu iaitu Albert Arenas sekaligus menjadi rakan sepasukan Aron Canet untuk saingan musim hadapan.

Albert daripada pasukan KTM merupakan pendahulu saingan Moto3 dengan kutipan 135 mata. Musim ini pelumba berusia 23 tahun itu telah menaiki podium sebanyak lima kali dan memenangi perlumbaan sebanyak tiga kali.

Dengan pengumuman tersebut, kedudukan pelumba negara, Hafizh Syahrin bersama Aspar Team nampaknya menuju ke penghujung. 

Pada masa yang sama, dengan majoriti pasukan Moto2 telah memuktamadkan barisan pelumbanya untuk saingan musim hadapan, karier Hafizh dalam sukan permotoron turut mengundang pertanyaan.

Sehingga saat ini, tiada sebarang reaksi diberikan oleh Hafizh mengenai hal tersebut menjelang perlumbaan GP Aragon di Sepanyol, hujung minggu ini.

Selamat datang, Hafizh Syahrin!https://www.angelnietoteam.com/en/moto-2/news/hafizh-syahrin-returns-to-moto2-with-angel-nieto-teamOfficial Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao

Posted by Aspar Team on Selasa, 8 Oktober 2019

Prestasi Hafizh dalam saingan Moto2 kelihatan bergelut untuk menempatkan diri kalangan pelumba terbaik musim ini. Dia hanya menduduki tempat ke-19 dengan kutipan 18 mata.

Untuk rekod, pelumba kelahiran Ampang itu hanya menandatangani kontrak bersama Aspar Team selama setahun sahaja.

Featured Image: Aspar Team & KTM Factory

(Visited 30 times, 1 visits today)
Close