Written by 10:25 am Bola Sepak, Eropah

Virgil Van Dijk Mungkin Diketepikan 7-8 Bulan

Pertahanan tengah, Virgil van Dijk berhadapan kemungkinan untuk disisihkan daripada pasukan Liverpool sekitar tempoh tujuh hingga lapan bulan berikutnya ekoran kecederaan.

Laporan awal mengatakan van Dijk bermungkinan mendapat kecederaan melibatkan anterior cruciate ligament (acl) setelah diterjah keras oleh penjaga gol Everton, Jordan Pickford, dalam perlawanan semalam.

“Maklumat yang kami terima mengatakan dia ditimpa kecederaan (melibatkan) anterior cruciate ligament dan jika (betul) kesnya ekoran pertembungan dengan Jordan Pickford maka dia akan terlepas (saingan) tujuh ke lapan bulan” lapor BeIN Sports.

Terjahan keras oleh Pickford sekitar minit kesepuluh itu tidak diberikan sebarang kad mahupun amaran oleh pengadil perlawanan kerana van Dijk berada dalam kedudukan ofsaid sebelum daripada pertembungan tersebut.

Ini memaksa Klopp mengeluarkan van Dijk yang kesakitan sekitar minit kesebelas perlawanan dan menggantikannya dengan pertahanan England, Joseph Gomez.

Perlawanan derbi Merseyside ini berkesudahan dengan kedua-dua pasukan diikat dengan keputusan 2-2. Dua gol Liverpool disumbangkan oleh Sadio Mane (3′) dan Mohamed Salah (72′) manakala gol Everton pula dijaringkan oleh Michael Keane (19′) dan Dominic Calvert-Lewin (81′).

Featured Image: BeIN Sports

(Visited 45 times, 1 visits today)
Close