Written by 11:07 am Bola Sepak, Malaysia

10 Logo TRW Kelantan FC Diperlihatkan – Manakah Satu Pilihan Norizam?

Laman sosial TRW Kelantan FC memperlihatkan sepuluh logo terbaik hasil daripada rekaan yang dihantar oleh para peserta dalam pertandingan reka bentuk logo yang dijalankan oleh kelab pada bulan lalu.

Pertandingan tersebut dijalankan bermula 11 September sehingga 26 September 2020. Pertandingan reka bentuk logo baharu Kelantan FC terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan pemenang akan diberikan hadiah wang tunai sebanyak RM3000.

MANA SATU LOGO YANG AKAN DIPILIH OLEH PEMILIK TRW KELANTAN FC? Terima kasih pada semua yg menghantar logo baru…

Posted by TRW Kelantan FC on Ahad, 18 Oktober 2020

Menurut makluman kelab, sepuluh logo terbaik ini dipilih berdasarkan kreativiti yang tinggi dan menarik. Pemilik TRW Kelantan FC, Norizam Tukiman akan memilih salah satu daripada logo ini untuk dijadikan logo baharu pasukan untuk saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Logo yang dipilih itu juga akan diubah sedikit untuk disesuaikan dengan imej dan semangat baharu TRW Kelantan FC. Untuk makluman, pengumuman logo baharu akan dibuat pada hujung bulan ini, 31 Oktober 2020.

Berikut adalah 10 terbaik yang diperlihatkan oleh TRW Kelantan FC:

Pilihan 01
Pilihan 02
Pilihan 03
Pilihan 04
Pilihan 05
Pilihan 06
Pilihan 07
Pilihan 08
Pilihan 09
Pilihan 10

(Visited 112 times, 1 visits today)
Close