Written by 4:36 pm Bola Sepak, Eropah

Pemain Manchester United, Paul Pogba Gemar Makan ‘Karipap’?

Karipap merupakan salah satu kuih yang cukup popular dan sinonim dengan rakyat Malaysia sebagai juadah untuk minum petang atau semasa meraikan tetamu yang hadir ke rumah.

Ianya merupakan kuih tradisi yang dimakan sejak zaman berzaman lagi. Kulitnya diperbuat daripada adunan tepung dan majerin. Dan bahan untuk intinya pula adalah campuran kentang dan daging.

Pemain tengah Manchester United dan skuad kebangsaan Perancis, Paul Pogba dilihat turut menggemari kuih yang hampir sama seperti karipap menerusi satu perkongsian di Instagram Storynya.

Bagaimanapun apa yang dikongsikan oleh Pogba semasa makan malamnya dipanggil sebagai empanada – juadah yang cukup sinonim di wilayah selatan eropah dan amerika latin.

Walaupun makanan ini berasal dari utara Sepanyol namun ianya sampai ke benua amerika latin menerusi pedagang dan pendakwah kristian.

Yang dimakan oleh Pogba pula adalah empanada versi Bolivia dan kami merasakan ia merupakan hasil air tangan isterinya, Maria Zulay Salaues yang merupakan seorang kelahiran negara di benua amerika latin tersebut.

Berbeza dengan karipap, bahagian luaran atau kulitnya lebih menyerupai kepada tekstur roti (sesuai dengan namanya yang bermaksud ‘dibaluti roti’) dan berintikan daging cincang, ayam cincang, kentang dan sayuran.

Untuk makluman, Pogba dilaporkan telah berkahwin dengan pasangan pilihannya ini sekitar tahun 2019 dan hasil perkahwinannya ini telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata.

Featured Image: Manchester United

(Visited 790 times, 1 visits today)
Close