Written by 5:47 pm Bola Sepak, Malaysia

Logo Wajib Ada 17 Butir Padi Lambang Jumlah Rakaat Solat Dalam Sehari

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengumumkan pertandingan rekaan logo baharu untuk pasukan Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) bagi saingan Liga Malaysia 2021, pada hari ini.

Antara syarat-syarat β€˜unik’ yang diletakkan oleh KFA kepada para pereka adalah logo baharu tersebut mesti disertakan dengan simbol 17 butir padi. Menurut KFA, 17 butir padi itu melambangkan jumlah rakaat dalam lima kali waktu solat sehari.

Grafik: FA Kedah

Simbol-simbol lain yang berunsurkan negeri Kedah dibenarkan namun sebarang simbol binatang adalah dilarang sama sekali. Warna rasmi bagi logo tersebut mestilah berkisarkan kepada kuning, hijau dan merah.

Untuk nama pasukan pula, hanya tiga jenis nama yang dibenarkan iaitu KEDAH DARUL AMAN, KEDAH DA dan KDA sahaja.

π—£π—˜π—‘π—π—˜π—‘π—”π— π—”π—”π—‘ π—Ÿπ—’π—šπ—’ π—žπ—˜π—Ÿπ—”π—• π—•π—’π—Ÿπ—” π—¦π—˜π—£π—”π—ž π—žπ—˜π——π—”π—› 𝗗𝗔π—₯π—¨π—Ÿ 𝗔𝗠𝗔𝗑 𝗗𝗔𝗑 π— π—˜π—‘π—”π—‘π—šπ—œ π—›π—”π——π—œπ—”π—› π—ͺπ—”π—‘π—š π—§π—¨π—‘π—”π—œ π—₯π— πŸ±,πŸ¬πŸ¬πŸ¬β—βš™οΈπ—§π—˜π—₯𝗠𝗔 & 𝗦𝗬𝗔π—₯𝗔𝗧 1. Terbuka…

Posted by FA Kedah on Rabu, 21 Oktober 2020

Ianya terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan tarikh pertandingan bermula hari ini, 21 Oktober dan akan ditutup pada hujung bulan ini, 31 Oktober 2020.

Logo yang terpilih sebagai pemenang akan memenangi hadiah wang tunai RM5000, pas bermusim KDA 2021 dan pelbagai barangan cenderahati.

Featured Image: FA Kedah

(Visited 68 times, 1 visits today)
Close