Written by 11:09 am Bola Sepak, Malaysia

Sayangkan Skuad Yang Dibina, Aidil Setuju Bersama Kedah Sehingga 2022

Jurulatih kelahiran Singapura, Aidil Sharin Sahak menyatakan persetujuan untuk menyambung kontraknya bersama pasukan berpangkalan di semenanjung utara tanah air iaitu Kedah sehingga tahun 2022.

Tawaran itu diterima kerana sayangkan skuad yang dibinanya sejak 2018 yang terdiri daripada adunan pemain muda berbakat dan pemain senior berpengalaman.

Skuad ini telah terbukti mampu memberikan cabaran dalam saingan bola sepak Malaysia dengan merangkul kejuaraan Piala FA 2019, mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2019.

Selain itu, suasana harmoni di antara pemain-pemain dan pegawai-pegawai dalam skuad Helang Merah turut mempengaruhi keputusannya untuk menurunkan tandatangannya di atas kontrak baharu.

“Memang sayang (rasanya) untuk meninggalkan Kedah keranan pemain-pemain dan pasukan yang telah saya bina, juga keserasian di antara para pegawai dan pemain-pemain sangat baik.”

“Sekarang saya hanya menunggu untuk menandatangani kontrak (baharu).”

“Ya, alhamdulillah, selama dua tahun lagi sebagaimana yang telah kami persetujui.” katanya seperti dilaporkan dalam Nadi Arena.

View this post on Instagram

Tabik! Asia, kami mai!

A post shared by Football Association of Kedah (@official_kedahfa) on

Selain daripada itu, kejayaan skuad Kedah menamatkan saingan CIMB Liga Super 2020 di tangga kedua telah memberikan mereka slot automatik ke saingan Piala AFC 2021.

Maka tidak hairanlah mudah buat jurulatih berusia 43 tahun ini menolak tawaran daripada daripada beberapa buah pasukan lain termasuk dari Indonesia dan Singapura. 

“Tidak dilupakan, kita akan main di (Piala) AFC musim hadapan, ia merupakan pertandingan berprestij untuk bermain kerana saya pernah (membimbing pasukan) di sana empat tahun sebelum ini. 

“Saya tahu bagaimana rasanya bermain dalam pertandingan tersebut. Ia merupakan pentas untuk semua pemain dan jurulatih membuktikan dan menunjukkan apa yang mereka ada.

Untuk rekod, Aidil pernah membimbing Home United mara ke perlawanan akhir peringkat zon Asean sebelum tewas kepada kelab Filipina, Ceres Negros dengan keputusan 2-3 secara agregat.

Featured Image: FA Kedah

(Visited 40 times, 1 visits today)
Close