Written by 11:48 am Bola Sepak, Malaysia

Danial Amier Sedia Bekerja Keras Untuk Raih Kesebelasan Utama JDT

Pemain tengah berbakat, Danial Amier Norhisham sedia bekerja keras dan keluar daripada zon selesanya demi meraih tempat dalam kesebelasan utama bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemain berusia 23 tahun tersebut disahkan sendiri oleh pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim akan menyertai pasukannya untuk saingan bola sepak musim hadapan dalam satu sidang media yang diadakan pada rabu lalu.

Pemain yang mesra dengan panggilan Boy ini sedia maklum akan bahagian tengah skuad Harimau Selatan dipenuhi dengan pemain-pemain terbaik seperti Leandro Velazquez, Nazmi Faiz Mansor, Natxo Insa, Hariss Harun, Afiq Fazail dan lain-lain. 

Namun dia tampak bersemangat untuk keluar daripada zon selesanya dan bersaing secara sihat dengan pemain-pemain lain untuk merebut kesebelasan utama dalam pasukan tersebut. 

“Boy pergi ke sana (JDT) sememangnya untuk merasai persaingan itu, Boy memang tahu sekiranya ke JDT persaingan itu sangat tinggi dengan (ramai) pemain terbaik (terdiri) pemain import dan pemain (tempatan) skuad kebangsaan.”

“Boy memang perlu bekerja keras sepertimana dicakapkan oleh Tunku Mahkota sendiri. Kena kerja keras untuk dapat tempat dan semua orang diberikan peluang yang sama. Persaingan akan ada di mana-mana.” ujarnya seperti dilaporkan oleh Nadi Arena.

Selain itu, perpindahan pemain kelahiran Kuala Lumpur ke pasukan selatan semenanjung tanah air itu turut dipengaruhi dengan peluang untuk beraksi di pentas tertinggi dan berprestij bola sepak asia iaitu Liga Juara-Juara AFC (ACL).

“Boy sendiri kena cabar diri sendiri untuk keluar daripada zon selesa, Boy pergi ke JDT untuk belajar (lebih lagi) untuk menjadi pemain bola sepak yang lebih profesional yang bermain di liga terbaik seperti ACL.” tambahnya lagi.

DANIAL IS THE FIGHTERS 🧡🖤Daniel Amier akan terus bersama skuad Felda United FC bagi musim 2020. Danial mula mewakili…

Posted by FELDA UNITED FC on Jumaat, 20 Disember 2019

Untuk rekod, Danial memulakan karier bola sepak zaman remajanya bersama Frenz United bermula tahun 2014 sebelum berhijrah untuk menyertai skuad Piala Presiden Felda United pada tahun 2017.

Featured Image: Pahang FA

(Visited 22 times, 1 visits today)
Close