Written by 4:23 pm MotoGP, Permotoran

Indonesia Tubuh Mandalika Racing Team, Bakal Jadi ‘Rival’ Malaysia Dalam Saingan MotoGP

Negara jiran tetangga, Indonesia secara rasminya telah mengumumkan menubuhkan Mandalika Racing Team (MRT) untuk bersaing dalam kancah Kejuaraan Motosikal Dunia Moto2 bermula musim 2021.

Sepertimana sukan lain, kewujudan pasukan berpangkalan di Indonesia ini pastinya akan mencipta persaingan atau ‘rival’ panas dengan pasukan Malaysia iaitu Petronas Sepang Racing Team (SRT).

Menurut makluman mereka, Mandalika Racing Team ini ditubuhkan untuk mengangkat pelumba dan mekanik warga Indonesia sekaligus mengharumkan nama negaranya di peringkat global.

Nama Mandalika diambil bersempena dengan nama Litar Mandalika berjarak 4.32 kilometer. Ianya terletak di Lombok, Nusa Tenggara Barat dan sedang disiapkan untuk menjadi salah satu venue perlumbaan MotoGP 2021. 

Selain itu, pihak mereka turut mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pemuda dan Olahraga (Kemenpora) dan Ikatan Motor Indonesia (IMI) untuk membangunkan pelumba-pelumba muda sebelum diberi peluang untuk beraksi di kejuaraan dunia.

Ketika ini, pihaknya sedang rancak mengadakan perbincangan bersama beberapa pihak untuk mendapatkan penajaan. Salah satu daripadanya adalah syarikat penerbangan, Garuda Indonesia.

Barisan pelumba yang akan mewakili pasukan ini belum diumumkan secara rasmi lagi. 

Bagaimanapun, gosip daripada media seberang mengatakan salah satu slot itu akan diisi dengan pelumba kelahiran Indonesia Dimas Ekky Pratama. Satu lagi slot berkemungkinan akan diiisi oleh pelumba asing.

Difahamkan segala-galanya akan diumumkan secara rasmi pada 28 oktober kelak.

Featured Image: Mandalika Racing Team

(Visited 93 times, 1 visits today)
Close