Written by 7:16 am Bola Sepak, Eropah, Malaysia

Video: Penyerang Muda, Luqman Buat Penampilan Pertama Dalam Saingan Liga Belgium

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin berjaya membuat penampilan pertamanya dalam saingan Liga Belgium bertemu RSC Anderlecht, awal pagi tadi.

Penyerang berusia 18 tahun itu dimasukkan oleh pengurusnya, Yves Vanderhaeghe pada minit ke-74 menggantikan pertahanan, Petar Golubovic.

Ketika itu, pasukan diwakili oleh Luqman iaitu KV Kortrijk sedang ketinggalan 0-3 kepada pasukan yang dipimpin oleh bekas kapten Manchestere City, Vincet Kompany.

Jelas sekali Yves melakukan pertukaran tersebut bagi memburu gol. 

Melalui satu gerakan, Luqman berhasil menyumbang sepakan penalti melalui satu tolakan bola kepada rakan sepasukannya di dalam kotak pada minit-minit terakhir permainan.

Rakan sepasukannya, Ilombe Mboyo mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut untuk memastikan KV Kortrijk tidak pulang dengan tangan kosong dalam perlawanan ini.

Keputusan akhir berkesudahan dengan KV Kortrijk 1-3 RSC Anderlecht.

Anda boleh tonton debut Luqman dalam saingan Liga Belgium pada pautan video di bawah:

Featured Image: KV Kortrijk

(Visited 338 times, 1 visits today)
Close