Written by 11:10 am Lain-Lain • One Comment

Selepas 29 Perlawanan Tanpa Kalah, Khabib Umum Persaraan Untuk Jaga Ibu

Petarung seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov mengumumkan persaraannya selepas daripada perlawawanan menentang Justin Gaethje dalam aksi UFC 254, awal pagi tadi. 

Dalam perlawanan tersebut, Khabib berjaya menumpaskan petarung Amerika Syarikat menerusi submission pada pusingan kedua sekaligus melebarkan rekodnya kepada 29 perlawanan tanpa kalah.

Lebih mengagumkan, Khabib dilaporkan berada dalam kondisi tidak cergas sepenuhnya dan dia bertarung dengan keadaan kakinya masih patah menurut makluman presiden UFC, Dana White.

Sejurus sahaja perlawanan tersebut, dia melakukan sujud syukur dan mengumumkan persaraannya daripada dunia pertempuran UFC untuk menjaga ibunya setelah bapa yang juga jurulatihnya, Abdulmanap Nurmagomedov meninggal dunia julai lalu.

“Hari ini merupakan hari terakhir saya bertarung di UFC. Tak mungkin saya ke sini tanpa ayah.

“Bila UFC memanggil saya (untuk bertarung) dengan Justin, saya telah berbincang dengan ibu saya selama tiga hari.

“Adakah saya patut bertarung tanpa ayah saya (di sisi)?”

“Saya telah berjanji dengan ibu, ini pertarungan terakhir saya. Saya sudah berjanji, saya mesti tunaikan. Ini pertarungan terakhir saya,” katanya.

Featured Image: UFC

(Visited 802 times, 1 visits today)
Close