Written by 12:54 pm MotoGP, Permotoran

GP Teruel Jadi Perlumbaan Ketiga Terbaik Hafizh Syahrin Musim Ini

Saingan Grand Prix (GP) Teruel menjadi perlumbaan ketiga terbaik buat pelumba negara, Hafizh Syahrin dalam kancah Kejuaraan Motosikal Dunia Moto2 musim ini.

Biarpun bermula di petak ke-20, Hafizh berhasil menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 sekaligus meraih tiga mata dalam perlumbaan yang berlangsung di Litar Motorland Aragon, semalam.

“Ia merupakan perlumbaan yang baik, kami berjaya mengekalkan rentak dengan baik. Saya telah berikan yang terbaik dan perasaan saya semakin bertambah lega dalam perlumbaan.

“Saya juga berjaya menghampiri kumpulan (hadapan) sedikit demi sedikit.” katanya selepas perlumbaan.

Dalam saingan tersebut, pelumba berusia 26 tahun itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 39 minit 53.962 saat dalam perlumbaan 21 pusingan tersebut.

Untuk rekod, perlumbaan terbaik Hafizh musim ini adalah ketika beraksi di saingan GP Spain dengan menamatkan kedudukan keenam.

Manakala keputusan kedua terbaik pula semasa perlumbaan GP Czech iaitu menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan.

Hafizh kini menghuni tangga ke-20 Carta Moto2 Dunia 2020 dengan 21 mata.

Featured Image: Aspar Team

(Visited 29 times, 1 visits today)
Close