Written by 1:30 pm Bola Sepak, Eropah, Malaysia

Safawi Akan Mula Berlatih Bersama Skuad Senior Portimonense SC

Penyerang sayap negara, Safawi Rasid akan mula berlatih bersama skuad senior Portimonense SC bermula hari ini.

Perkara itu sekaligus menjawab persoalan para peminat tempatan mengenai ketiadaan nama pemain berusia 23 tahun tersebut dalam skuad bawah 23 tahun (B-23) baru-baru ini.

Tambahan pula, menurut laporan Berita Harian, skuad tersebut mempunyai pemain yang terkena jangkitan Covid-19.

“Skuad bawah 23 tahun ada (positif COVID-19), tapi tak tahu pemain itu ok ke tidak.

“Perlawanan semalam saya tak sertai, sebab ketua jurulatih pasukan utama tak bagi sertai, takut berjangkit. 

“Esok saya akan mula latihan untuk pasukan utama,” katanya.

Perkembangan ini pastinya mencerahkan peluang Safawi untuk meraih penampilan pertama dalam saingan Liga Portugal bersama Portimonense.

Untuk makluman, Portimonense bakal menerima kunjungan pasukan Santa Clara untuk aksi keenam Liga Portugal pada ahad nanti.

Pasukan ini berada di kedudukan keenam liga dengan tujuh mata hasil daripada dua kemenangan, dua seri dan satu kekalahan.

Featured Image: Portimonense SC

(Visited 41 times, 1 visits today)
Close