Written by 5:46 pm Bola Sepak, Eropah

Spurs Cadang Naikkan Gaji Son Heung-min Kepada £200,000 Seminggu

Kelab berpangkalan di Kota London, Tottenham Hotspur dilaporkan menawarkan penyerang sayap, Son Heung-min kenaikan gaji kepada £200,000 seminggu tidak termasuk bonus.

Jumlah tersebut dikatakan satu kali ganda melebihi gaji semasanya. Sekiranya tawaran baharu tersebut ditandantangani, Son akan meraih gaji menyamai penyerang dan kapten pasukan, Harry Kane, demikian laporan Football Insider.

Son Heung-min dan kapten pasukan, Harry Kane

Spurs dilihat bekerja keras untuk memastikan pemain Korea Selatan yang sedang di kemuncak prestasinya itu melanjutkan kontrak bersama mereka walaupun jendela perpindahan pemain telah pun ditutup.

Dan perbincangan kenaikan gaji dan lanjutan kontrak ini sedang berjalan di antara Son dan ahli lembaga pengarah Spurs. Keputusan akhir dijangka akan diketahui pada hujung tahun ini.

Pengurusinya, Daniel Levy dan ahli lembaga Spurs tidak mahu kes seperti Christian Eriksen di mana pemain bintang mereka pergi meninggalkan mereka dengan harga yang murah.

Musim ini menyaksikan Son telah menjaringkan sembilan gol daripada lapan perlawanan termasuk ketika menentang LASK dalam saingan Liga Europa baru-baru ini.

Featured Image: Tottenham Hotspur

(Visited 24 times, 1 visits today)
Close