Written by 2:38 pm Bola Sepak, Malaysia

Bantu Komuniti & Padang Bola Sepak Terjejas Dengan Beli Jersi Ini

Syarikat pengeluar pakaian sukan tempatan, Zush melancarkan jersi rasmi bagi menyokong kempen ‘Support Your Local Padang’ – sebuah inisiatif oleh Brand New Waves Running Club (BNWRC) dengan kerjasama KITAMEN dan Balrz.tv

Jersi ini dijual untuk meraih kutipan derma bagi membantu komuniti bola sepak, pengusaha padang tempatan dan mereka yang terkesan dengan penularan pandemik Covid-19 yang melanda sejak awal tahun ini.

Bahagian depan jersi
Bahagian belakang jersi

Menurut BNWRC, seratus peratus hasil jualan jersi ini akan disumbangkan kepada komuniti, pengusaha padang dan mereka yang terkesan sebagai sumbangan amal.

Jersi ini berharga RM60 sehelai dan bagi sesiapa yang ingin menyokong usaha murni ini boleh menempah jersi tersebut di laman sesawang Zush iaitu di www.zush.com.my

Setiap pembelian jersi ini akan berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu permainan video, FIFA21. Pemenang akan dipilih secara rawak pada 2 November 2020 melalui status order.

Untuk makluman lanjut, anda boleh rujuk pautan hantaran BNWRC di laman sosial mereka:

https://www.facebook.com/newwaves.rc/posts/2466189957018431
(Visited 74 times, 1 visits today)
Close