Written by 10:31 am Bola Sepak, Malaysia

JPNT, MSNT Bekerjasama Realisasikan Program Mencari Safawi 2.0

Sebuah program pencarian bakat-bakat baharu bola sepak di peringkat akar umbi telah dilancarkan di negeri Terengganu.

Program yang dinamakan sebagai ‘Mencari Safawi 2.0’ itu diadakan dengan kerjasama di antara Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT). 

Difahamkan nama program tersebut diambil bersempena dengan pemain kelahiran Dungun, Terengganu, Safawi Rasid yang berjaya berkelana ke eropah pada tahun ini. 

Ianya dilancarkan secara rasmi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, semalam.

Foto: Portimonense SC

“Program ini akan bermula hujung tahun ini di mana pihak JPNT akan melakukan pencarian bakat berumur 12 tahun di setiap daerah yang akan dikumpulkan sebagai sebuah pasukan.

“Matlamat kita adalah melahirkan seberapa ramai atlet dan membekalkan negeri serta negara dengan atlet berbakat,” katanya seperti dilaporkan oleh TRDI.

Program Mencari Safawi 2.0 dimulakan dengan satu siri jelajah pemilihan pemain ke semua lapan daerah negeri terbabit akan diadakan pada penghujung tahun ini. 

Selain JPNT dan MSNT, program ini turut mendapat sentuhan pihak Progran Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dalam aspek kepakaran latihan.

Mana-mana pemain yang terpilih dalam siri jelajah tersebut akan diserap masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Nenas – bekas sekolah Safawi yang juga merupakan Akademi Bola Sepak Terengganu.

Featured Image: Wan Sukairi Wan Abdullah

(Visited 13 times, 1 visits today)
Close