Artikel

Presiden & BOD Barcelona Letak Jawatan, Messi Bakal Lanjutkan Kontrak?

Presiden, Josep Maria Bartomeu dan semua ahli lembaga pengarah (BOD) FC Barcelona mengumumkan meletakkan jawatan secara mengejut.

Perkembangan tersebut diumumkan Bartomeu dalam satu sidang media dan dikhabarkan menerusi laman sesawang dan laman sosial kelab gergasi Sepanyol, awal pagi tadi waktu Malaysia.

https://twitter.com/jmbartomeu/status/1321212323286163459?s=19

Dimalukan dalam kempen Liga Juara-Juara UEFA 2019/20, gagal memastikan penyerang prolifik, Lionel Messi menandatangani kontrak lanjutan dan prestasi permulaan saingan La Liga kurang memberangsangkan pada musim ini menjadi antara sebab Bartomeu mengambil keputusan ini.

Untuk rekod, Bartomeu telah memimpin Barcelona sejak dari tahun 2014 menggantikan Sandro Rosell.

Pengumuman mengejut oleh Bartomeu ini pastinya menarik perhatian para peminat bola sepak seluruh dunia. Adakah Messi yang berada di penghujung kontraknya akan berubah fikiran dan menyambung kontraknya selepas ini?

Featured Image: FC Barcelona

komen