Written by 1:48 pm Bola Sepak, Malaysia

KL Mahu Khidmat Jurulatih Lubnan Yang Memenangi Piala AFC 2019?

Pasukan Kuala Lumpur dikhabarkan mahu mendapatkan khidmat jurulatih kelahiran Lubnan yang menjuarai saingan saingan Piala AFC 2019 bersama Al Ahed FC, Bassem Marmar.

Skuad The City Boys mahukan khidmat Bassem untuk mengharungi saingan Liga Super 2021 selepas ketua jurulatih sedia ada, Nidzam Adzha Yusoff tidak memiliki lesen Diploma Profesional Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad menegaskan mahu mendapatkan jurulatih daripada benua asia agar mudah menyesuaikan diri dengan pasukan dan pemain tempatan.

Foto: Al Ahed FC

“Negeri dari mana tidak penting sangat tetapi sebaik-baiknya dari kawasan Asia.

“Kami tidak mahu membawa jurulatih dari Eropah contohnya dan apabila datang ke sini, dia tidak sesuai dengan cara hidup dan budaya kita. 

“Benda ini perlu diambil kira selain daripada soal gaji kerana peruntukan masih lagi penting,” kata Khalid seperti dipetik daripada Stadium Astro.

Bassem yang dilahirkan di Arab Saudi mempunyai karier yang panjang bersama Al Ahed FC. Bermula daripada bergelar pemain dari tahun 1996 sehingga 2010 kepada menjadi penolong jurulatih dan kemudiannya menjadi ketua jurulatih pada tahun 2016.

Selain daripada menjuarai Piala AFC 2019, Al Ahed juga merupakan kuasa besar bola sepak Lubnan di mana mereka merupakan juara liga sejak musim 2016/17 sehingga 2018/19 secara berturut-turut.

Julai lalu, Bassem dilantik sebagai ketua jurulatih sebuah pasukan yang berpangkalan di Kuwait iaitu Al-Arabi Sporting Club. Bagaimanapun, jodohnya bersama pasukan tersebut tidak panjang dan difahamkan dia kini bergelar ejen bebas.

Featured Image: Al Ahed FC

(Visited 13 times, 1 visits today)
Close