Written by 12:03 pm Bola Sepak, Malaysia

Ulangan Aksi Kedah, Pahang 8-8 Jadi Tumpuan Saingan Piala Malaysia 2020

Hari ini telah berlangsungnya majlis undian bagi saingan TM Piala Malaysia 2020. Majlis undian yang diadakan secara tertutup itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Unifi di Youtube.

Hasil undian yang dibuat, pertemuan di antara Kedah menentang Pahang bakal menjadi tumpuan utama bagi saingan pusingan pertama pada musim ini. 

Manakan tidaknya, ianya merupakan ulangan kepada aksi Piala Malaysia musim lalu di mana kedua-dua pasukan terikat 8-8 secara agregat ketika peringkat separuh akhir.

Manakala juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) pula dilihat bakal berdepan laluan mudah apabila diundi bertemu pasukan daripada saingan Liga Premier iaitu Kuching FA.

Seterusnya, juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali, Selangor akan menentang wakil Liga Super iaitu Melaka di halaman sendiri pastinya turut mencuri tumpuan.

Finalis Piala Malaysia 2018, Terengganu FC pula diundi bertemu Petaling Jaya City FC. Sementara itu, Perak akan berhadapan dengan Kelantan United FC.

Juara Liga Premier 2020, Pulau Pinang yang dikendalikan oleh Manzoor Azwira diundi bertemu Felda United FC. Pada masa yang sama, UITM FC bakal berhadapan dengan pasukan Kelantan.

Akhir sekali, pasukan Kuala Lumpur telah diundi mendapat ‘bye’ sekaligus mara ke pusingan suku akhir secara automatik ekoran daripada Sabah tidak dibenarkan menyertai saingan ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan oleh pihak kerajaan.

Jadual penuh perlawanan adalah seperti yang tertera di bawah:

Featured Image: MFL

(Visited 122 times, 1 visits today)
Close