Written by 11:23 am Bola Sepak, Malaysia

Belanjawan Selangor 2021: RM20 juta Kepada FAS Untuk Pembangunan Bola Sepak

Kerajaan negeri Selangor telah membentangkan Belanjawan 2021 berjumlah RM2.32 bilion yang memberi tumpuan kepada segenap aspek termasuk sukan.

Dalam sesi pembentangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor oleh YAB Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

“Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi tujuan pembangunan bola sepak di Negeri Selangor.” 

“RM10 juta dari peruntukan ini dari Kerajaan Negeri dan RM10 juta lagi adalah sumbangan daripada MBI dan PKNS.” umumnya semasa pembentangan, jumaat lalu.

Menurutnya, peruntukan tersebut diberikan bagi memastikan kesinambungan program pembangunan bola sepak profesional serta berbekalkan misi untuk mengembalikan kegemilangan skuad Merah Kuning di negeri Selangor.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon melahirkan perasaan bersyukur di atas sokongan kerajaan negeri demi kemajuan bola sepak di Selangor.

Dana sebanyak RM20 juta itu akan dimanfaatkan sebaiknya oleh FAS bagi memastikan pembangunan bola sepak di Selangor ditingkatkan lagi termasuk pusat latihan skuad Merah Kuning.

“Kita akan menggunakan dana tersebut untuk meneruskan usaha meningkatkan kualiti jabatan teknikal, memampankan pembangunan elit pemain muda Selangor dan menaik taraf fasiliti di Pusat Latihan FAS,” katanya seperti dipetik daripada Selangorkini.

Featured Image: Selangor FC

(Visited 116 times, 1 visits today)
Close