Written by 5:59 pm Formula 1, Permotoran

Hamilton Belum Pasti Meneruskan Karier Perlumbaan F1 Musim Depan

Pelumba Mercedes-AMG, Lewis Hamilton tidak pasti akan terus berlumba dalam saingan dalam Formula 1 (F1) bagi saingan musim hadapan.

Pelumba berusia 35 tahun itu bakal tamat kontraknya pada penghujung musim ini dan sehingga kini dia belum menandatangani kontrak lanjutan bersama pasukan.

“Saya ingin terus berada di sini (F1) pada tahun hadapan tetapi tiada jaminan akan perkara tersebut. Terdapat banyak perkara yang menarik minat saya di luar sana. Masa akan menentukannya.” kata Hamilton seperti dipetik daripada Sky Sports.

Semalam, pelumba kelahiran Britain ini telah memenangani perlumbaan ke-93 dalam kariernya dalam perlumbaan GP Emilia-Romagna di Imola.

Kemenangan tersebut mengukuhkan lagi kedudukannya tempat pertamanya dalam carta pelumba dengan kutipan 282 mata. Di tempat kedua adalah rakan sepasukannya, Valtteri Bottas dengan kutipan 197 mata.

Dengan kedudukan tersebut, Hamilton hampir pasti menyamai rekod tujuh kejuaraan dunia milik pelumba legenda, Michael Schumacher dua minggu lagi di Turki.

Featured Image: Formula 1

(Visited 22 times, 1 visits today)
Close