Written by 12:31 pm Bola Sepak, Eropah

Paul Pogba Akui Kesilapan ‘Bodoh’ Di Dalam Kotak

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba mengakui kesilapannya melakukan kekasaran di dalam kotak menyebabkan pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Arsenal.

Kejadian yang berlaku sekitar minit ke-68 itu membolehkan penyerang Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol tunggal perlawanan yang memberikan Arsenal kemenangan 1-0 ke atas Manchester United di Old Trafford.

“Kesilapan saya, saya tidak patut buat begitu,”

“Saya perlu lakukan tugas defensif dengan lebih baik di dalam kotak penalti.” katanya selepas daripada perlawanan kepada MUTV.

Sementara itu, Pogba yang merupakan pemain tengah skuad kebangsaan Perancis turut menyatakan rakan sepasukannya perlu memberikan reaksi kepada jaringan pendahuluan Arsenal tersebut. 

Bagaimanapun, persembahan Manchester United kekal tidak memberikan ancaman yang berbahaya untuk menembusi gawang Arsenal pada malam tadi.

Berdasarkan statistik, mereka hanya merekodkan lapan percubaan dan hanya dua daripadanya tepat ke sasaran. 

Lebih mendukacitakan buat skuad Red Devils, kemenangan yang dicatatkan oleh skuad bimbingan Mikel Arteta tersebut merupakan kemenangan pertama Arsenal di Old Trafford sejak 14 tahun yang lalu.

Featured Image: Manchester United

(Visited 20 times, 1 visits today)
Close