Written by 3:00 pm Permotoran

Pelumba Muda, Adam Norrodin Tamatkan Saingan CEV Moto2 di Tangga Ke-7

Pelumba muda negara, Adam Norrodin menamatkan saingan Kejuaraan CEV Repsol Moto2 Eropah di tangga ketujuh secara keseluruhan.

Walaupun pelumba berusia 22 tahun ini menyasarkan untuk berada di kelompok lima terbaik, pencapaian yang yang diraihnya merupakan satu peningkatan positif berbanding kedudukan tangga ke-15 pada musim lalu.

Adam yang merupakan pelumba Liqui Moly Intact SIC Junior Team dan juga sebagai pelapis Sepang Racing Team (SRT) mengumpul 79 mata daripada lapan siri perlumbaan musim ini.

“Saya berada di kedudukan ketujuh dalam keseluruhan saingan. Ia merupakan musim yang padat dengan (prestasi) naik dan turun dan saya akan ambil semua perkara positif dan jadi lebih baik.” katanya selepas daripada perlumbaan penutup di Valencia, hujung minggu lalu.

Syarifuddin Azman

Sementara itu, seorang lagi pelumba muda negara, Syarifuddin Azman yang bersaing dalam kancah Kejuaraan CEV Moto3 Remaja Dunia menamatkan saingan musim ini di tempat ke-19 secara keseluruhan dengan kutipan 18 mata.

Pelumba berusia 18 tahun ini beraksi bersama pasukan Monlau Motorsport dan ini merupakan musim sulungnya dalam saingan motosikal remaja ini.

Featured Image: Adam Norrodin

(Visited 27 times, 1 visits today)
Close