Artikel

Sanusi Berjaya Dapatkan Sebuah Syarikat Untuk Membeli 80% Saham KDA FC

Sebuah syarikat dilaporkan bersetuju untuk membeli majoriti saham Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC).

Perkembangan menarik itu menyaksikan 80% pegangan yang dimiliki oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) akan bertukar tangan. 

Ini menjadikan pasukan berpangkalan di utara semenanjung tanah air itu bakal mempunyai pemilik baharu dalam masa dua minggu lagi disamping pemilikan minoriti sebanyak 20% oleh KFA.

“Saya telah berjaya mendapatkan sebuah syarikat yang bersetuju untuk membeli saham sebanyak 80 peratus dalam MBI, 

“Proses perundangan sedang dimuktamadkan serta terma-terma dan syarat-syaratnya akan diproses dan dijangka selesai dalam masa dua minggu lagi,” ujar Sanusi seperti dipetik daripada Warta Kedah.

Bagaimanapun, tiada sebarang nama didedahkan oleh Sanusi dalam maklumannya petang tadi dan difahamkan ianya merupakan sebuah syarikat tempatan yang memiliki pengalaman dalam bola sepak.

Featured Image: Warta Kedah

komen