Written by 10:54 am Bola Sepak, Eropah

Video: Curi-Curi Tengok Skrin Monitor VAR, Suarez Dilayangkan Kad Kuning

Hanya disebabkan melihat skrin monitor video assistant referee (VAR) secara curi-curi, penyerang Atletico Madrid, Luis Suarez dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan, Beniot Bastien.

Kejadian mencuit hati itu berlaku ketika Atletico bertemu kelab berpangkalan di Rusia, Lokomotov Moscow dalam aksi Kumpulan A saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) pada awal pagi tadi.

Ketika itu, pengadil perlawanan mahu melihat semula ulang tayang insiden bola sepakan pemain Lokomotiv terkena tangan pemain tengah, Hector Herrera.

Bagaimanapun insiden sekitar minit ke-23 permainan tersebut tidak begitu jelas daripada sudut pandangan pengadil.

Hal ini kerana kedudukan Hector tidak dapat dipastikan samada di dalam kotak ataupun di luar kotak penalti. 

Oleh sebab demikian, Beniot mengambil keputusan untuk merujuk VAR. Namun ketika Beniot sedang ralit menonton ulang tayang insiden tersebut, Suarez secara senyap-senyap turut melihat skrin monitor tersebut.

Perbuatannya itu cuba dihalang oleh penjaga garisan dan menyebabkan disedari oleh Beniot yang kemudiannya segera melayangkan kad kuning kepada Suarez.

Hasil semakan VAR oleh Beniot juga menyaksikan Lokomotiv dihadiahkan sepakan penalti. Pemain sayap, Anton Miranchuk mudah menyempurnakannya untuk mengikat Atletico 1-1 pada minit ke-25.

Tiada sebarang pertambahan jaringan selepas daripada itu dan kedua-dua pasukan terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1.

Anda boleh menonton highlight penuh perlawanan di antara Lokomotiv Moscow dan Atletico Madrid pada pautan video di bawah:

(Visited 161 times, 1 visits today)
Close