Written by 4:31 pm Bola Sepak, Malaysia

Irfan Bakti Ramal JDT, Kedah Ulangi Pertemuan Final Piala Malaysia

Bekas ketua jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti meramalkan perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini akan menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah sekali lagi sepertimana musim lepas.

Irfan melihat JDT yang dibimbing oleh Benjamin Mora bakal berhadapan laluan mudah apabila diundi bertemu Kuching FA (pusingan 16) dan Kuala Lumpur (menanti di suku akhir) yang mendapat ‘bye’ pada pusingan 16.

Manakala cabaran pada peringkat separuh akhir juga tidak begitu sukar di mana mereka bakal bertemu salah sebuah pasukan samada Pulau Pinang, Kelantan, Felda United atau UiTM FC. 

Irfan Bakti sewaktu menjadi ketua jurulatih Terengganu FC – Foto: MFL

“JDT pasti tidak berdepan masalah mengatasi Kuching FA dan Kuala Lumpur, malah tiket final bagaikan sudah berada dalam tangan kerana tiada pasukan dapat menyaingi juara Liga Super itu.” katanya seperti dipetik daripada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Kedah pula menjadi pilihannya untuk mara ke saingan akhir musim ini atas konsistensinya dan pencapaian sebagai naib juara Liga Super 2020.

Skuad Lang Merah akan menentang Pahang pada pusingan ke-16 dan sekiranya berjaya mara ke saingan suku akhir mereka akan menentang samada Selangor atau Melaka United.

“Bagi Kedah, saya lihat laluan agak berliku tetapi mereka masih mampu melepasi cabaran pusingan pertama dan suku akhir,” tambahnya lagi.

Irfan turut merasakan Kedah lebih berpeluang untuk mencatatkan kemenangan ke atas Terengganu FC jika mereka bertemu pada aksi separuh akhir. Namun segala kemungkinan boleh berlaku memandangkan saingan musim ini berdasarkan format kalah mati.

Featured Image: MFL

(Visited 30 times, 1 visits today)
Close