Written by 5:46 pm Lain-Lain

Belanjawan 2021: RM103 Juta Untuk Bina, Naik Taraf & Menyelenggara Kemudahan Sukan

Sesi pembentangan Belanjawan 2021 mengumumkan peruntukan sebanyak RM103 juta untuk membina, menaik taraf dan menyelenggara sukan seluruh negara.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Kewangan, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Aziz di Dewan Rakyat, pada hari ini.

Sementara itu, bagi pembangunan sukan berprestasi tinggi, kerajaan turut mengumumkan akan menyediakan sebanyak RM55 juta untuk program pembangunan sukan hoki, ragbi, badminton, berbasikal dan pembangunan atlet wanita.

Tidak ketinggalan, dana berjumlah RM15 juta turut diperuntukkan kepada pembangunan e-Sukan (e-Sports).

Featured Image: MFL

(Visited 123 times, 1 visits today)
Close