Written by 6:01 pm Lain-Lain

Belanjawan 2021: RM20 Juta Diperuntukkan Sebagai Pinjaman Mudah Kepada Pengusaha Sukan

Ekoran penularan pandemik Covid-19, industri sukan turut sama terjejas sepertimana sektor-sektor industri yang lain di Malaysia.

Sehubungan itu, bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh pengusaha-pengusaha industri sukan, kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta disediakan sebagai pinjaman mudah.

Ia diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, pada hari ini. 

Ianya merupakan pinjaman di bawah skim TEKUN Sukan untuk memastikan kelangsungan operator fasiliti sukan.

Featured Image: Rhino Arena

(Visited 34 times, 1 visits today)
Close