Written by 3:10 pm Bola Sepak, Malaysia

Piala Malaysia: ‘Import Power’ Antara 8 Fakta Menarik Dalam Pertemuan TFC vs PJ City

Pusingan ke-16 saingan Piala Malaysia 2020 turut menemukan dua pasukan Liga Super iaitu Terengganu Football Club (TFC) dan Petaling Jaya City Football Club (PJ City).

TFC yang dibimbing Nafuzi Zain dilihat mempunyai kelebihan untuk memenangi perlawanan ini berdasarkan prestasi semasa selaku pasukan yang menamatkan aksi Liga Super di tempat ketiga dan rekod-rekod terdahulu. Bagaimanapun dengan saingan Piala Malaysia musim ini dimainkan secara format kalah mati, ianya memungkinkan segala keputusan untuk berlaku. 

Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada hari sabtu (esok) dengan sepak mula jam 9 malam di halaman rasmi TFC, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMZA), Kuala Terengganu. Kami sajikan kepada anda 8 fakta dan statistik menarik menjelang pertemuan di antara TFC menentang PJ City:

#1 TFC Mempunyai Rekod Baik Menentang PJ City

Foto: PJ City FC

TFC dan PJ City telah bertemu sebanyak lima kali dalam semua pertandingan sejak tahun 2017 dan skuad berpangkalan di pantai timur itu meraih rekod cemerlang dengan meraih empat kemenangan daripada lima perlawanan.

#2 TFC Tidak Pernah Rekodkan 4 Kemenangan Berturut-turut

TFC mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut dalam tiga perlawanan terakhir. Bagaimanapun TFC tidak pernah merekodkan empat kemenangan berturut-turut sejak Mei 2019.

#3 PJ City Pula Tidak Pernah Menang 3 Kali Berturut-Turut

Skuad PJ City FC Musim 2020 – Foto: PJ City FC

Selepas tujuh perlawanan tanpa kemenangan, PJ City telah merekodkan dua kemenangan berturut-turut. Namun mereka belum pernah mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut sejak Ogos 2019.

#4 Tiga Gol Dalam Satu Perlawanan ‘Normal Baharu’ Buat TFC

TFC telah menjaringkan sekurang-kurangnya tiga gol dalam dua daripada tiga perlawanan terakhir mereka.

#5 TFC Mempunyai Pemain Import Yang Tajam di Hadapan Gol!

Foto: Terengganu FC

Daripada 24 gol yang dijaringkan oleh TFC dalam saingan Liga Super musim ini, 23 daripadanya dijaringkan oleh pemain import iaitu Domonic Da Sylva (9 gol), Lee Tuck (6 gol), Sanjar Shaakhmedov (5 gol) dan Faris Ramli (3 gol). Hanya Rahmat Makasuf muncul satu-satunya penjaring tempatan tunggal musim ini.

#6 Lee Tuck Sedang ‘Ghairah’ Menjaringkan Gol Ketika Ini

Lima daripada sepuluh gol TFC dalam empat perlawanan terakhir mereka dijaringkan oleh kapten pasukan, Lee Tuck.

#7 Terengganu Hanya Tiga Kali Mara Ke Suku Akhir

Foto: Terengganu FC

Daripada 8 penampilan terakhir TFC atau Terengganu dalam saingan Piala Malaysia, hanya tiga kali sahaja mereka layak ke pentas suku akhir. Bagaimanapun, satu daripadanya membolehkan mereka layak ke pentas akhir iaitu pada tahun 2018.

#8 Skuad Kendalian K. Devan Belum Pernah Mara Ke Peringkat Suku Akhir

PJ City hanya mempunyai dua penampilan dalam saingan Piala Malaysia setakat ini dan kedua-dua kempen mereka hanya berakhir di peringkat kumpulan sahaja.

Featured Image: Terengganu Football Club

(Visited 27 times, 1 visits today)
Close