Written by 11:04 pm Bola Sepak, Malaysia

Piala Malaysia: Kedah Mudah Atasi Pahang Untuk Raih Tiket Ke Suku Akhir

Kedah mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2020 apabila berjaya menumpaskan Pahang dengan mudah di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu berhasil mencatatkan kemenangan 3-2 hasil jaringan oleh Shakir Hamzah, Kpah Sherman dan Tchetche Kipre pada separuh masa pertama.

Ianya hasil dominasi cemerlang mereka di samping persembahan buruk oleh Pahang pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Pahang cuba bangkit dan mereka berjaya menjaringkan dua gol hasil sumbangan Muslim Ahmad dan Faizal Rani.

Di akhir-akhir minit permainan, Pahang cuba meningkatkan asakan untuk mencari gol penyamaan namun gagal dan terpaksa akur tersingkir daripada saingan Piala Malaysia musim ini.

Untuk perlawanan seterusnya, Kedah bakal menantikan samada Selangor atau Melaka di peringkat suku akhir.

Featured Image: Kedah FA

(Visited 17 times, 1 visits today)
Close