Artikel

TRW Kelantan FC Miliki Resort di Pulau Langkawi Untuk Jana Pendapatan Sendiri

Pasukan TRW Kelantan FC mengumumkan membuka perniagaan resort tersendiri dalam usahanya untuk menjana pendapatan kepada kelab berpangkalan di Kota Bharu itu.

Terletak di kawasan peranginan terkenal tanah air iaitu di Pantai Cenang, Pulau Langkawi, ia dikenali sebagai The Red Warriors Resorts dan dijalankan secara patuh syariah.

Perkembangan ini dimaklumkan menerusi laman sosial mereka secara rasmi pada hari ini.

Sementara itu dalam makluman yang sama, pihak kelab turut menjanjikan untuk melancarkan Kad TRW untuk semua penyokong TRW Kelantan FC sekaligus bakal memberikan diskaun istimewa kepada pemegangnya.

Kepada yang berminat untuk menginap di resort ini, anda boleh menempahnya menerusi platform tempahan atas talian, Agoda atau boleh mengunjungi laman Facebook Pages mereka, The Red Warriors Resort Langkawi.

Featured Image: TRW Kelantan FC

komen