Written by 10:28 pm Bola Sepak, Eropah

Bruno & Cavani Pastikan Man Utd Tidak Kalah Minggu Ini

Dua jaringan oleh pemain tengah Portugal, Bruno Fernandes dan satu gol oleh Edinson Cavani memastikan Manchester United tidak mengalami kekalahan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), minggu ini. 

Dua jaringan Bruno tersebut dilakukannya pada separuh masa pertama ketika menentang skuad bimbingan Carlo Ancelotti iaitu Everton di Goodison Park.

Jaringan pertamanya hadir pada minit ke-25 menerusi satu tandukan di dalam kotak penalti hasil hantaran cantik oleh pertahanan kanan, Luke Shaw. 

Manakala gol keduanya pula hasil kuisan penuh bergaya dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol lawan, Jordan Pickford pada minit ke-33.

Ketika Manchester United dilihat akan menamatkan saingan dengan keputusan 2-1, pemain gantian, Cavani muncul menjaringkan gol ketiga ketika waktu kecederaan.

Bagaimanapun, dalam perlawanan yang penuh intensiti tersebut, pasukan tuan rumah terlebih dahulu melakukan jaringan pembukaan pada minit ke-20 sumbangan Bernard Duarte.

Keputusan 3-1 ini pastinya menceriakan skuad bimbingan Ole Gunnar Solksjaer setelah mereka gagal meraih kemenangan dalam dua aksi terdahulu dalam saingan liga ketika menentang Arsenal dan Chelsea.

Kemenangan ini turut membolehkan skuad Red Devils melonjakkan kedudukan ke posisi ke-13 sekurang-kurangnya untuk seketika waktu.

Featured Image: Manchester United & Everton

(Visited 15 times, 1 visits today)
Close