Written by 2:29 pm Bola Sepak, Eropah

FC Barcelona Kekal Pamer Logo Rakuten Pada Jersi Sehingga 2022

Kelab gergasi Sepanyol, FC Barcelona kekal mempamerkan logo syarikat servis internet Jepun, Rakuten di hadapan jersi mereka untuk tempoh sekitar dua tahun lagi.

Ini berikutan Barcelona dan Rakuten bersetuju untuk melanjutkan kerjasama yang sepatutnya tamat pada 30 Jun 2021 kepada tempoh satu tahun lagi iaitu pada 30 Jun 2022 menurut makluman rasmi oleh kedua-dua pihak.

Kerjasama ini mengekalkan Rakuten sebagai Rakan Utama Inovasi & Hiburan Global FC Barcelona sekaligus akan meneruskan kerjasama dalam menjalankan program baharu dan inovatif yang memberikan impak global di masa hadapan.

Untuk rekod, kedua-dua entiti mula melakukan kerjasama sekitar tahun 2017.

Featured Image: FC Barcelona

(Visited 13 times, 1 visits today)
Close