Written by 11:21 pm Bola Sepak, Malaysia

TRW Kelantan Tumpas Hasil Jaringan Akrobatik ‘Student’ UiTM

Pasukan Kelantan terpaksa melupakan impian untuk mara ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2020 setelah ditumpaskan oleh UITM FC, sebentar tadi.

Kelantan yang dibimbing oleh Yusri Che Lah terpaksa akur dengan kekalahan tersebut setelah pemain UITM FC, Arif Anwar jaringan akrobatik kemenangan pada minit ke-67.

Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 2-2 di mana UITM FC kendalian Frank Bernhardt terlebih dahulu menjaringkan dua gol awal masing-masing pada minit ke-13 dan ke-15.

Bagaimanapun Kelantan kembali bangkit untuk mengikat pasukan UITM FC menerusi dua jaringan oleh Danial Ashraf pada separuh masa kedua masing-masing pada minit ke-61 dan ke-63.

Selepas jaringan yang dilakukan oleh Arif Anwar, Kelantan cuba untuk mencari gol ketiga bagi mengikat kembali kedudukan UITM FC. Bagaimanapun mereka sama sekali gagal dan terpaksa akur terkandas di peringkat pusingan ke-16.

Bagi UITM FC yang mara ke peringkat suku akhir, mereka bakal bertemu juara Liga Premier 2020, Pulau Pinang pada perlawanan seterusnya.

(Visited 455 times, 1 visits today)
Close