Artikel

Ansu Fati Terpaksa Jalani Pembedahan Lutut Dan Berkemungkinan Berehat Panjang

Pemain muda FC Barcelona, Ansu Fati terpaksa menjalani pembedahan di lutut kirinya ekoran ditimpa kecederaan ketika aksi La Liga.

Pemain berusia 18 tahun itu dilaporkan mengalami koyak meniscus ketika Barcelona menumpaskan Real Betis 5-2 di Stadium Nou Camp, sabtu lalu.

Menurut makluman rasmi kelab, Ansu Fati akan menjalani pembedahan oleh Dr. Ramon Cugat di turut dipantau secara rapi oleh unit perubatan kelab.

Sejurus sahaja selesai pembedahan ini, Barcelona akan memaklumkan hasil pembedahan dan masa yang akan diambil oleh pemain ini untuk pulih seperti sediakala.

Untuk rekod, pemain kelahiran Guinea-Bissau ini telah membuat 10 penampilan di mana tujuh daripadanya dalam saingan La Liga dan tiga dalam aksi Liga Juara-Juara UEFA (UCL).

Selain itu, Ansu telah merekodkan lima gol dan dua bantuan gol.

Featured Image: FC Barcelona

komen