Written by 11:02 am Bola Sepak, Lain-Lain

Brazil Perkenal Jersi Baharu Inspirasi Rekaan Tahun 1970

Skuad bola sepak kebangsaan Brazil memperkenalkan jersi baharu mereka untuk musim 2020/21 dengan mengambil inpirasi daripada rekaan yang dipakai oleh skuad Piala Dunia 1970.

Diperkenalkan secara rasmi semalam, jersi keluaran Nike itu hadir dalam dua variasi iaitu Home dan Away. 

Pandangan hadapan jersi home Brazil
Pandangan belakang jersi home Brazil

Untuk jersi Home, ianya hadir dengan gabungan warna ikonik kuning dan hijau bercorakkan diamond di bahagian kolar dan hujung lengan baju.

Bagi jersi Away pula, ianya berwarna biru dengan corak diamond di bahagian hadapan yang diinspirasikan oleh bendera Brazil. Nombor dan logo swoosh pula hadir dalam warna kuning.

Jersi away Brazil

Selain itu, Brazil akan menggunakan logo baharu yang telah diperkenalkan pada tahun lepas. Dikhabarkan jersi ini akan digunakan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan saingan Copa America tahun hadapan.

Logo baharu Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF)

Featured Image: CBF

(Visited 15 times, 1 visits today)
Close