Written by 1:15 pm Lain-Lain

SUKMA, Para SUKMA 2020 Dibatalkan & Dibawa Ke Tahun 2022

Temasya SUKMA dan Para SUKMA 2020 yang sepatutnya diadakan pada bulan April 2021 telah dibatalkan dan akan diadakan pada tahun 2022.

Perkembangan itu diumumkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi satu makluman oleh Bernama.

Untuk makluman, temasya SUKMA edisi ke-20 yang mengambil tempatnya di negeri Johor sepatutnya dilangsungkan pada julai lalu dan diikuti oleh Para SUKMA pada bulan berikutnya.

Bagaimanapun, ekoran pandemik Covid-19 yang melanda, temasya sukan dwitahunan tersebut telah dianjak beberapa kali oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Featured Image: SUKMA XX JOHOR 2020

(Visited 38 times, 1 visits today)
Close