Artikel

Zlatan ‘Serik’ Penalti Tak Masuk, Lepas Ini Beri Kepada Pemain Lain

Penyerang senior, Zlatan Ibrahimovic nampaknya sudah serik melihat sepakan penalti yang diambilnya tidak masuk dan tugas itu akan diberikan kepada pemain lain selepas daripada saat ini.

Kejadian tersebut berlaku dalam perlawanan menentang Hellas Verona pada awal pagi tadi. Ketika itu, pasukannya, AC Milan sedang ketinggalan 2-1.

Bagaimanapun, sepakan yang diambil menggunakan kaki kanannya itu tersasar melewati palang gol dan menyebabkannya Zlatan berang dan hampa.

“Kami mempunyai banyak peluang, saya gagal menjaringkan sepakan penalti dan saya akan fikir akan lepaskan (tugas) itu kepada (Franck) Kessie (selepas ini)! Itu lebih baik.” katanya kepada Sky Italia dan dilaporkan oleh Goal.

Pemain tengah muda AC Milan, Franck Kessie

Untuk rekod, penyerang berusia 39 tahun telah terlepas empat daripada enam sepakan penalti yang diambilnya sepanjang musim ini.

Walaupun terlepas menjaringkan sepakan penalti, Zlatan meneruskan usaha kerasnya untuk menebus kesilapan itu dan akhirnya dia berhasil menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-93 sekaligus mengikat Verona dengan keputusan akhir 2-2.

Ia sekaligus memberikan AC Milan sekurang-kurangnya satu mata dan kekal sebagai pendahulu saingan Serie A dengan 17 mata daripada tujuh perlawanan.

Bagaimanapun, bercakap kepada media selepas daripada perlawanan, penyerang kelahiran Sweden ini tetap tidak berpuas hati dengan keputusan seri yang dicatatkan pasukannya.

Sepatutnya mereka boleh merakamkan kemenangan dan mengutip tiga mata.

Featured Image:  AC Milan

komen