Written by 4:26 pm Bola Sepak, Malaysia

Christian Eriksen Berpeluang Kembali ke Tottenham Hotspur

Pemain tengah Denmark, Christian Eriksen berpeluang untuk bergabung kembali dengan bekas kelabnya, Tottenham Hotspur pada jendela perpindahan januari kelak.

Menurut laporan Football Insider, Inter Milan menerusi orang tengahnya telah menawarkan khidmat Eriksen kepada Spurs dan juga kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang lain.

Hal ini kerana Inter mahu mendapatkan wang menerusi penjualan pemain dan mengurangkan bebanan kewangan melibatkan pemain yang bergaji tinggi.

Justeru, Eriksen yang bergaji sekitar £200,000 antara yang memasuki senarai pemain untuk dilepaskan oleh skuad Nerazzurri.

Menyertai Inter Milan sejak awal 2020, namun persembahannya pada musim ini tidak mencapai kehendak pengurus pasukan, Antonio Conte dan pengurusan tertinggi Inter.

Dalam tujuh penampilannya musim ini, pemain tengah berusia 28 ini gagal merekodkan sebarang gol dan bantuan gol.

Ia jauh sama sekali berbanding prestasinya semasa bersama Spurs di mana dia memegang reputasi sebagai salah seorang pemain tengah terbaik di eropah.

Featured Image: Inter Milan

(Visited 26 times, 1 visits today)
Close