Written by 10:58 am Bola Sepak, Eropah

FC Barcelona Sahkan Ansu Fati Berehat 4 Bulan

FC Barcelona mengesahkan penyerang mudanya, Ansu Fati akan terlepas aksi bola sepak domestik dan antarabangsa sekitar empat bulan.

Perkhabaran ini dimaklumkan selepas pemain berusia 18 tahun itu selamat menjalani pembedahan di lutut kirinya ekoran kecederaan koyak meniscus.

Kecederaan itu menimpanya ketika menentang Real Betis dalam saingan kesembilan La Liga di Stadium Nou Camp, sabtu lalu.

Kecederaan itu membuatkan ketua jurulatih, Ronald Koeman terpaksa mengeluarkannya dan menggantikannya dengan Lionel Messi.

Ketiadaan Ansu Fati pastinya akan memberikan peluang kepada seorang lagi pemain muda mereka untuk bermula dalam kesebelasan utama iaitu Francisco Trincao.

Featured Image: FC Barcelona

(Visited 12 times, 1 visits today)
Close