Written by 12:48 pm MotoGP, Permotoran

Mandalika Racing Team Bakal Kolaborasi Dengan Salah Sebuah 10 Pasukan Terbaik Moto2

Pasukan Indonesia, Mandalika Racing Team (MRT) dikhabarkan bakal berkolaborasi dengan salah sebuah 10 pasukan terbaik untuk menyertai Kejuaraan Dunia Moto2, musim hadapan.

Wakil MRT bertemu Dorna Sports di Barcelona, Sepanyol untuk membincangkan berkenaan penyertaan mereka dalam saingan Moto2 pada hujung bulan ini.

Selain itu, berkemungkinan akan berlaku sedikit perubahan terhadap nama pasukan MRT memandangkan mereka akan berkolaborasi dengan pasukan sedia ada yang sedang beraksi dalam saingan Moto2 2020.

Dan menurut pengarahnya, Kemalsyah Nasution memberikan sedikit bayangan mengenai pasukan yang akan mengadakan kolaborasi dengan MRT.

“Pasukan yang akan bergabung dengan kami masuk dalam kalangan 10 terbaik. Kami tidak dapat mendedahkan lagi pasukan mana kerana mereka masih terikat dengan kontrak sehingga perlumbaan terakhir di Portugal,” katanya seperti dipetik daripada Antara News.

Kedudukan 10 pasukan terbaik dalam saingan Moto2 setakat ini – Sumber: Autosport

Untuk makluman, MRT telah dilancarkan secara rasminya semalam di Jakarta. Mereka turut mengumumkan mengikat seorang pelumba tempatannya, Dimas Ekyy Pratama untuk menguatkan pasukannya.

Featured Image: Mandalika Racing Team

(Visited 144 times, 1 visits today)
Close