Written by 3:16 pm Bola Sepak, Malaysia

Bola Sepak Ada Nilai Komersil, Ianya Ditonton 1/3 Penduduk Malaysia

Bola sepak di Malaysia mempunyai nilai komersil sekaligus membolehkan mana-mana pasukan tempatan menarik syarikat-syarikat besar untuk memberikan penajaan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut berkongsikan bahawa 1/3 penduduk di Malaysia menonton siaran langsung bola sepak di televisyen menjadikan ianya sukan paling ramai ditonton di negara ini.

“Bola sepak di Malaysia adalah ‘the most watched sport’ sukan yang paling ramai ditontoni, malahan setiap kali disiarkan di televisyen, ia ditontoni di antara 6 hingga 8 juta (orang),” 

“Bayangkanlah ia adalah 1/3 daripada penduduk di Malaysia tidak termasuk live streaming (penstriman langsung), dan ini memberi nilai komersil.” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada hari ini.

Beberapa kelab bola sepak di Malaysia dilihat mempunyai kelompok penyokong yang besar berjumlah ratusan ribu orang di media sosial terutamanya Facebook.

Ditambah pula dengan semua pasukan dalam saingan Liga Super dan Liga Premier telah menjalani proses penswastaan kelab. Ini akan meningkatkan lagi nilai komersil pasukan-pasukan bola sepak di Malaysia. 

“Sebab itulah kita melihat dalam kalangan kelab-kelab yang mempunyai pengikut yang tinggi seperti Selangor (260,000), Kelantan (400,000), Kedah (640,000) dan tentu sekali JDT yang tertinggi iaitu lebih dua juta. Ini menjadikan mereka (mempunyai) fan based dan captive market (pasaran sedia ada).” 

“Bayangkan dia mempunyai tadbir urus yang tersusun dan teratur, ia akan memberi nilai komersil yang jauh lebih tinggi ditambah pula akan memberi lebih keyakinan kepada penaja-penaja kerana melihat kepada ketelusan dan accountability dalam pengurusan profesionalisme.” katanya lagi.

Sementara itu, pihaknya menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membuat rayuan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya saingan Piala Malaysia yang ditangguhkan sebelum ini dapat diteruskan. Bagaimanapun, rayuan itu akan dibuat jika terdapat penurunan kes Covid-19 dalam negara.

(Visited 67 times, 1 visits today)
Close