Written by 4:39 pm Bola Sepak, Eropah

Pelakon Deadpool Mahu Beli Kelab Ketiga Tertua Dunia, Wrexham AFC

Pelakon Deapool, Ryan Reynolds bersama-sama rakannya, Rob McElhenny disahkan mahu mengambil alih kelab ketiga tertua dunia yang berpangkalan di Wales iaitu Wrexham AFC.

Perkara itu disahkan selepas kedua-dua mereka membentangkan pelan pengambilalihan kelab kepada penyokong-penyokong Wrexham AFC. Untuk makluman, pasukan yang bersaing dalam kancah divisyen kelima England ini dimiliki oleh para penyokong sejak tahun 2011.

Menurut makluman rasmi Wrexham AFC, antara perancangan Ryan dan Rob adalah mengembangkan pasukan, kembali ke saingan Liga Inggeris (English Football League), meningkatkan kehadiran ke stadium yang telah diperbaiki dan melakukan perubahan positif kepada komuniti Wrexham.

Sementara itu, mereka turut berjanji untuk melindungi warisan Wrexham AFC dan gelanggang rasmi, Racecourse Ground yang merupakan sebuah tempat istimewa untuk menonton perlawanan bola sepak sejak 156 tahun lalu.

Selain itu Ryan yang telah membawakan watak Deadpool sebanyak dua kali mahu menggunakan sumber-sumber yang dimiliki untuk membawa Wrexham AFC dikenali di peringkat global.

Menurut makluman daripada BBC, pengambilalihan itu bernilai hampir £2 juta. Bagaimanapaun, pengambilalihan itu perlu mendapat persetujuan para penyokongnya sebagai pemilik Wrexham AFC.

Difahamkan, mereka akan mengadakan pengundian samada bersetuju dengan resolusi tersebut atau tidak. Lebih 2000 penyokong bakal melakukan undian dan ianya akan dilangsungkan bermula pada 9 hingga 15 november. 

Keputusannya akan diumumkan pada hari isnin hadapan.

(Visited 50 times, 1 visits today)
Close