Artikel

Semakin Pulih, Luqman Akan Kembali Berlatih di Padang Minggu Hadapan

Penyerang muda negara yang beraksi bersama KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin bakal kembali berlatih di padang sekiranya kecederaannnya semakin beransur pulih.

Bagaimanapun, penyerang berusia 18 tahun itu akan berlatih seorang diri terlebih dahulu sebelum kembali menyertai latihan bersama rakan sepasukan, umum kenyataan rasmi kelab, semalam.

Sebelum ini, Luqman dilaporkan mengalami kecederaan hamstring yang menyebabkan ototnya koyak hampir sepanjang 2 sentimeter (cm).

Kecederaan itu disedarinya ketika sesi latihan sehari selepas perlawanan menentang RSC Anderlecht dalam saingan Liga Pro Jupiler, hujung bulan lalu.

Kecederaan itu menyebabkan Luqman terlepas dua perlawanan liga menentang Zulte Waregem dan Beerschot di mana pasukannya sekadar menamatkan perlawanan dengan keputusan seri.

komen