Written by 12:57 pm Bola Sepak, Lain-Lain

Jesus: Brazil Telah Tunjukkan Mampu Bermain & Menang Tanpa Neymar

Skuad kebangsaan Brazil pernah menunjukkan kepada peminat bola sepak dunia bahawa mereka mampu meraih kemenangan walaupun tanpa kehadiran pemain bintang, Neymar Jr.

Skuad Selecao pernah menunjukkannya ketika dalam saingan Copa America 2019 di mana mereka berjaya muncul juara di tempat sendiri walau tanpa kehadiran Neymar.

Dan kali ini penyerang Brazil, Gabriel Jesus yakin mereka mampu membuktikannya sekali lagi dengan Neymar yang cedera pangkal peha disahkan tidak dapat menyertai pasukan untuk menentang Venezuela dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022, sabtu ini.

“Sangat jelas kami bercakap mengenai kepentingan Neymar kepada kelabnya dan pasukan kami, berapa banyak yang telah dia berikan dan sumbangkan setiap hari.” 

“Saya merupakan peminatnya,”

“Tetapi apabila bermain untuk skuad kebangsaan, semua pemain perlu memikul tanggungjawab, tidak boleh letakkan ke atas (bahu) Neymar sahaja.” 

“Semua orang dipanggil ke sini bersebab.”

“Dengan (kehadiran) Neymar, kami sangat dekat dengan kemenangan, tetapi skuad Selecao telah menunjukkan mereka boleh bermain tanpanya.”

“Kami sentiasa mahukannya di sini, memandangkan dia sentiasa menjaringkan gol, mencipta bantuan gol.” 

“Tetapi jika dia tidak dapat bermain tatkala kami sedar akan kepentingannya, kami harus memikul tanggungjawab bersama.”

“Sesiapa pun di sini mempunyai kualiti untuk memastikan skuad Selecao menang.” katanya seperti dilaporkan oleh Goal.

Untuk rekod, Neymar telah terlepas tiga perlawanan dalam semua pertandingan bersama kelabnya, Paris Saint-Germain (PSG), sebelum ini ekoran kecederaan tersebut.

Featured Image: CBF

(Visited 39 times, 1 visits today)
Close