Written by 4:25 pm MotoGP, Permotoran

8 Situasi Membolehkan Joan Mir Dinobat Juara MotoGP 2020 Minggu Ini

Selepas merangkul kemenangan sulung MotoGP pada siri perlumbaan GP Eropah minggu lepas, pelumba Team Suzuki Ecstar, Joan Mir kini mendahului 37 mata dalam carta kedudukan Kejuaraan MotoGP Dunia 2020.

Lebih menarik, Mir berpeluang untuk dinobat juara MotoGP Dunia 2020 pada siri perlumbaan GP Valencia, ahad ini.

Namun terdapat 8 situasi yang membolehkan pelumba berusia 23 tahun itu merangkul kejuaraan tersebut, dan berikut adalah situasinya:

#1 Mir menaiki podium tanpa mengira pencabar terdekatnya menamatkan perlumbaan di mana-mana kedudukan.

#2 Mir menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-4, ke-5 atau ke-6 dan Fabio Quartararo atau Alex Rins tidak memenangi perlumbaan.

#3 Mir tamat di kedudukan ke-7 dan Quartararo, Rins atau Maverick Vinales tidak tamat di kedudukan lebih baik daripada tempat ketiga.

#4 Mir menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-8, ke-9 atau ke-10 dan Vinales tidak memenangi perlumbaan, dan Quartararo dan Rins tidak menamatkan perlumbaan di kedudukan lebih baik daripada tempat ketiga.

#5 Mir tamat di kedudukan ke-11 dan Vinales, Franco Morbidelli atau Andrea Dovizioso tidak memenangi perlumbaan, dan Quartararo dan Rins tidak tamat di kedudukan lebih baik daripada tempat ketiga. 

#6 Mir tamatkan perlumbaan di kedudukan ke-12, ke-13 atau ke-14 dan Morbidelli atau Dovizioso tidak memenangi perlumbaan. Vinales tidak tamat di kedudukan lebih baik daripada tempat ketiga, dan Quartararo dan Rins tidak menaiki podium.

#7 Mir menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15 dan Morbidelli atau Dovizioso tidak memenangi perlumbaan, Vinales tidak menamatkan perlumbaan di kedudukan lebih baik daripada tempat ketiga, Quartararo dan Rins tidak tamat di kedudukan lebih baik daripada tempat kelima.

#8 Mir gagal mendapatkan sebarang mata dan Morbidelli dan Dovizioso tidak menamatkan perlumbaan di kedudukan yang lebih baik daripada tempat ketiga, Vinales tidak menaiki podium, Quartararo dan Rins tidak menamatkan perlumbaan di kedudukan lebih baik daripada tempat kelima.

Featured Image: Team Suzuki Ecstar

(Visited 41 times, 1 visits today)
Close