Written by 5:28 pm Bola Sepak, Malaysia

Pasukan Manakah Yang Menawarkan Kontrak Lumayan Kepada Hafizul Hakim?

Penjaga gol skuad kebangsaan, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy dikhabarkan menerima tawaran lumayan daripada kelab lain dan mempertimbangkan untuk meninggalkan pasukannya, Perak.

Perkhabaran mengenai tawaran kepada penjaga berusia 27 tahun tersebut dilaporkan oleh akhbar tempatan, Utusan Malaysia, pada hari ini.

“Memang ada tawaran dari pasukan lain. Setakat ini belum ada kepastian ke mana haluan saya. Tengoklah nanti macam mana,” kata Hafizul.

Difahamkan Hafizul yang bakal tamat kontraknya pada penghujung bulan ini telah membuat perbincangan bersama majikannya, Persatuan Bolasepak Perak (PAFA).

Bagaimanapun, tiada sebarang keputusan dimuktamadkan setakat ini.

“Kontrak saya tamat hujung bulan ini. Setakat ini tiada sebarang keputusan, tengoklah macam mana nanti,” tambahn Hafizul lagi.

Hafizul turut menutup mulut dan tidak memberikan sebarang bayangan mengenai pasukan yang memberikannya tawaran lumayan tersebut.

Untuk rekod, Hafizul memulakan karier bola sepak seniornya bersama Melaka pada tahun 2015 sebelum berpindah ke pasukan negeri kelahirannya, Perak pada tahun 2016.

Pencapaian terbaiknya bersama Perak hadir pada musim 2018 di mana Hafizul bersama-sama pasukannya muncul sebagai juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super.

Featured Image: Perak TBG

(Visited 81 times, 1 visits today)
Close