Written by 8:50 am Bola Sepak, Malaysia

Thorsten Fink Kemudi Selangor? Itu Tidak Betul – Setiausaha Agung FAS

Nama jurulatih warganegara Jerman, Thorsten Fink yang dikaitkan untuk mengemudi pasukan Selangor pada musim hadapan hanyalah sekadar khabar angin.

Malahan bekas ketua jurulatih Vissel Kobe itu tidak tersenarai langsung dalam senarai sasaran Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk menggantikan B. Satiananthan yang dipecat, baru-baru ini.

Perkara itu dinafikan sendiri oleh Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon menurut satu laporan oleh Harian Metro.

“(Khabar angin) itu tidak betul. FAS menafikan khabar angin itu. Malah, individu yang dinyatakan itu pun tiada dalam senarai kami,” katanya.

Sementara itu, Dr. Johan turut mengesahkan skuad Red Giants berada dalam fasa akhir untuk memuktamadkan calon ketua jurulatih mereka bagi saingan Liga Malaysia 2021.

Difahamkan mereka akan membuat pengumuman mengenai perlantikan jurulatih baharu yang akan membimbing Selangor sekitar penghujung bulan ini.

“Kita sudah ada senarai akhir membabitkan dua atau tiga jurulatih yang berpotensi. Insya-Allah kita akan muktamadkan seminggu dua lagi,” tambahnya lagi.

Featured Image: Vissel Kobe

(Visited 26 times, 1 visits today)
Close