Written by 12:46 pm Bola Sepak, Malaysia

Penyerang Sasaran JDT, Camilo Sambung Kontrak Bersama Mazatlan Sehingga 2022

Penyerang yang menjadi sasaran Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Camilo Sanvezzo nampaknya kekal bersama pasukannya, Mazatlan FC.

Menurut makluman rasmi oleh kelabnya, penyerang berusia 32 tahun, kelahiran Brazil itu telah menandatangani kontrak lanjutan sehingga tahun 2022.

Ia sekaligus akan menutup pintu buat JDT untuk mendapatkan khidmatnya bagi menggantikan Diogo Luis Santo yang disahkan berhijrah ke BG Pathum United untuk saingan musim hadapan.

Lanjutan kontrak itu diberikan kepadanya ekoran prestasi semasa yang memberangsangkan dimana dia telah menjaringkan 8 gol daripada 11 penampilannya musim ini.

Ia jelas menunjukkan kelibat Camilo di barisan serangan Mazatlan FC dapat membantu mereka untuk mengharungi saingan domestik musim ini.

Baca: Kenali Bakal Penyerang JDT, Camilo da Silva ‘Sang Serigala’ Brazil

Untuk makluman, Camilo menarik minat pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim sejak dua tahun lalu dan baginda telah mengikuti perkembangannya dengan rapat.

Baginda mahu mendapatkannya sebelum daripada ini tetapi khidmat Camilo berada di luar kemampuan JDT pada ketika itu.

Bulan lepas, Tunku Ismail yang merupakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah memaklumkan mahu mengikat pemain itu bagi memperkuatkan skuad Harimau Selatan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2021.

Featured Image: Mazatlan FC

(Visited 775 times, 1 visits today)
Close