Artikel

Kapten Lee Tuck Masih Mahu Kekal Bersama Terengganu FC

Kapten pasukan Terengganu Football Club (Terengganu FC) masih menaruh minat untuk kekal bersama pasukan berpangkalan di pantai timur tersebut bagi mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2021.

Bagaimanapun, kontrak pemain kelahiran Halifax, England berusia 32 tahun itu bakal tamat pada penghujung november ini.

Sehingga kini tiada sebarang perbincangan di antara dirinya dan pihak pengurusan pasukan mengenai lanjutan kontrak dilakukan menurut satu laporan akbar tempatan, Harian Metro.

Turut dimaklumkan bahawa penjaring kedua terbanyak Terengganu FC dalam saingan Liga Super musim ini mendapat tawaran daripada beberapa pasukan lain yang menginginkan khidmatnya.

“Saya harapkan keputusan yang positif buat saya pada tahun akan datang, jadi kita tunggu dan lihat lagipun setakat ini saya masih menanti jawapan berhubung tawaran tersebut,” kata Lee Tuck.

Untuk rekod, ini merupakan musim ketiga Lee Tuck menyarung jersi pasukan ‘We Bleed Black and White’ sejak berhijrah daripada pasukan Liga Premier, Negeri Sembilan pada penghujung tahun 2017.

Antara pencapaian terbaik Lee Tuck sepanjang beraksi bersama Terengganu FC adalah mara ke pentas akhir Piala Malaysia 2018 dan menduduki tempat ketiga saingan Liga Super 2020.

Featured Image: Malaysian Football League

komen